welcome to my blog..thank u for coming.jangan lupa follow saya..ur follow my blog i can follow ur blog..keep in touch..love u all..=D

Sunday, August 28, 2011

nak share lagi yang kedua =)


hye girl
assalamualaikum semua...

hari ini cik aida nak share2 lagi
tapi ini bukan dari lelaki itu (my BFF)

ini dari cik aida pulak
hehehe
saja nak bertukar2 pendapat

ini cik aida baru dapat email dari hamba Allah yang menghantar email pada cik aida tentang fesyen tudung zaman sekarang

"kenapa dengan fesyen zaman tudung sekarang??" pelik jugak kan kenapa ?? kata org utara pasaii apa dengan fesyen zaman la nie.. kiki (betul ke eak ckp utara cmtu haa cik aida tibaaiiii je la jgn marah ye org utara just kidding je ke" hehehe

ok turn back cerita tadi..

kata kat email tu la fesyen tudung zaman sekarang ni macam2 dah banyak ikut cara firaun..
haaa ye ke??? biar betuii
cik aida pon baca lagi

kata ye lagi kenapa dia cakap camtu sebab sekarang ni kan berebut2 wanita diluar sana membeli bonggol palsu untuk cantik...
haaa betul2 ramai orang yang beli kan2..

ok sambung balik
bonggol palsu tu macam bonggol unta dan menyerupai zaman bini2 firaun dan ia amat2 la HARAM memakai ye
haa betuiii ke (bape banyak daa)

iye aida zuraidah sesiapa yang memakai tudung dan ada bonggol dibelakang ie adalah haram sama sekali kerana menyerupai zaman firaun

kenapa???

dah haram dah termaktub dalam hadis yang mengatakan itu adalah haram
tak percaya haa baca attachment ni...
dan tolong sebar2 kan kepada kawan2 anda
ia amat penting

so cik aida pon buka la attachment tu..
nak tau apa yg ada kat attachment tu...

taraaaaa



Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh. Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.

Moga Allah merahmati para ibu dan para gadis serta melindungi kalian daripada segala fitnah dan bencana akhir zaman. Wallahu'alam.





“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

YA ALLAH seram sejuk dengar haa takut2....cik aida xnak wat (walaupun xbuat pon) takut ye...


p/s: gambar diatas hanya mahu ditunjuk sahaja k..jangan salah faham ea...

No comments:

Post a Comment

Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...