welcome to my blog..thank u for coming.jangan lupa follow saya..ur follow my blog i can follow ur blog..keep in touch..love u all..=D

Wednesday, November 23, 2011

lelaki yang mana saya mahu..=D

Saya tak cari lelaki yang sanggup buat semua benda untuk saya..
Saya tak cari lelaki yang boleh tunaikan apa sahaja kemahuan saya..
Saya tak cari lelaki yang ikut telunjuk saya..
Saya tak cari lelaki yang romantik..
Saya tak cari lelaki yang akan belikan saya hadiah macam teddy bear selalu..
Saya tak cari lelaki yang setiap hari puji saya..
Saya tak cari lelaki yang kata saya baik setiap kali saya tanya kenapa pilih saya..
Saya tak cari lelaki yang pilih saya sebab saya pandai masak..
Saya tak cari lelaki yang percaya setiap apa yang saya katakan..
Saya tak cari lelaki yang hanya pandang saya bila keluar bersama..
Saya tak cari lelaki yang kenalkan saya pada semua kawan dia..
Saya tak cari lelaki yang pada first time jumpa dah kata tertarik pada saya..
Saya tak cari lelaki yang menjadikan saya ilham dia..
Saya tak cari lelaki yang ingin tahu semua perkara tentang saya..

Saya cari lelaki yang tahu perasaan saya dan bertanyakan kenapa (bila saya sedih, bila saya happy dan bila saya marah)

Saya cari lelaki yang ingatkan saya tentang apa yang penting dan apa yang tidak penting (contohnya, waktu solat kena dahulukan walaupun ketika bersama)

Saya cari lelaki yang kenalkan saya ini lebih daripada seorang kawan pada keluarganya (tak semua lelaki berani buat perkara ini)

Saya cari lelaki yang tahu batas pergaulan dia dengan saya (jika seorang lelaki itu betul-betul sayang pada seorang perempuan dan berniat menikahinya dia tidak akan melakukan dan mengajak wanita tersebut melakukan maksiat)

Saya cari lelaki yang tahu menjaga iman dan agamanya (hal ini penting kerana saya sebagai perempuan amat memerlukan bimbingan daripada suami apabila mendirikan rumah tangga nanti)

Saya cari lelaki yang mengingati saya (bukan sebagai kekasih tetapi sebagai teman paling rapat)

Saya cari lelaki yang menyayangi saya seadanya (Menerima kelemahan saya dan menghargai kelebihan saya)

Saya cari lelaki yang menjaga hal paling kecil dalam perhubungan (kerana kadang kala pergaduhan berlaku antara pasangan bukan kerana hal yang besar tetapi hanya kerana hal yang kecil. Contohnya, adalah dengan mengingati tarikh lahir)

Saya cari lelaki yang sentiasa berhati-hati setiap kali membuat sesuatu perkara (contohnya, bertanyakan pendapat saya sama ada dia boleh menyimpan gambar saya atau tidak)

Saya cuma cari lelaki yang tahu bila masa sesuai untuk bertanyakan sesuatu (kerana tidak semua pertanyaan dapat dijawab pada satu-satu masa)

Saya cari lelaki yang risaukan saya apabila panggilan dia tidak di angkat atau mesej dia tidak di jawab oleh saya (kerana lelaki sering merasakan saya tidak berminat dengan dia lagi apabila situasi ini berlaku)

Saya cari lelaki yang akan beritahu saya apa perasaan dia setiap kali di awal perjumpaan atau awal perbualan dalam talian (kerana tidak semua keadaan dia, saya tahu melalui penglihatan atau pendengaran)

Saya cari lelaki yang sanggup hadapi rintangan demi saya (berhadapan dengan keluarga terutama ayah saya, dan menyatakan yang dia serius berkawan dengan saya)

Saya cari lelaki yang pandai ambil hati ahli keluarga saya pada first time bertemu (penting bagi saya kerana tanpa restu keluarga, saya akan tinggalkan dia)

Saya cari lelaki yang sempurnakan saya apabila bersamanya (menutup kelemahan saya dengan kelebihannya, dan tidak menenggelamkan saya dengan kelebihannya)

Saya cari lelaki yang menyokong saya bila saya benar, membetulkan saya apabila saya salah (dia perlu berani meluahkan pendapatnya awal-awal lagi)








2 comments:

Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...